Thursday, July 30, 2009
Tuesday, June 30, 2009
Sunday, May 17, 2009
"KAFA" KAN SEKOLAH MENENGAH.
Hampir setiap hari media melaporkan tentang kes jenayah yang di cetuskan oleh golongan muda. Antaranya kes rempit, buang anak, ragut, sex bebas, dadah, curi dan berbagai lagi. Pada ketika ini semua pihak sedang buntu mencari punca dan kaedah bagaimana gejala buruk ini dapat dibenteras. Maka kita pun mulalah menuding jari siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Dunia hari ini semakin mencabar, mendidik anak anak menjadi bagitu sukar dan banyak dugaannya.
Pada hemat saya jalan penyelesaian kepada segala kemungkaran ini adalah didikan agama yang berterusan. Langkah kerajaan menganjurkan kelas agama petang kepada murid murid sekolah rendah adalah amat baik sekali kerana dalam usia yang masih mentah anak-anak kita telah di ajar tentang agama terutama sekali sembahyang lima waktu. Ibu bapa di rumah pun belum pasti boleh mengajar anak anak mereka sembahyang dan yang menyedihkan ada diantara ibu bapa yang tidak tahu sembahyang atau tidak melakukannya langsung di rumah.
Dalam usia 12 tahun kebawah anak-anak belum pandai lagi melakukan pekara pekara yang mungkar ini kerana mereka belum tahu lagi keseronokannya, jadi cabarannya masih diperingkat minima. Apabila usia sudah meningkat remaja umur antara 13-17 tahun, segala godaan ini akan melanda anak anak kita. Pada ketika ini pelajaran agama semasa di sekolah rendah mungkin sudah dilupakan atau godaan ini lebih kuat dari pelajaran agama itu. Sepatutnya pada umur inilah pelajaran agama itu harus diberi dengan lebih mendalam lagi supaya mereka ini dapat menangkis godaan yang datang. Soal soal hukum harus di tekankan kepada pelajar ini, contohnya apakah hukum serta balasan meninggalkan sembahyang, hukum derhaka kepada ibu bapa, berzina dan berbagai lagi yang berkaitan dengan masalah moral yang selalu kita dengar ketika ini. Pada usia remaja ini anak-anak sudah boleh berfikir dengan matang dan akan menerima baik dan buruk. Sekiranya dihidang dengan pekara pekara yang negatif maka akan jadi buruklah dan jika di hidang pekara yang baik maka baiklah mereka. Apalah salahnya jika murid sekolah menengah ini di adakan kelas agama petang sebagaimana sekolah rendah, ianya lebih berguna kerana pada usia inilah godaan dan cabaran moral mereka amat tinggi sekali.
Wassalam...
Thursday, May 14, 2009
NOH OMAR VIGRA PETANI

"Klien kita adalah rakyat,secara khususnya golongan sasar kita adalah petani, penternak dan nelayan.Kalau fokus terhadap memaksimumkan pendapatan sektor pertanian,sudah tentunya golongan sasar ini tidak boleh kita pinggirkan.Malang sekali hakikatnya golongan ini iaitu para petani,penternak,peladang dan nelayan masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan.Pelbagai masalah yang tampak remeh tapi merupakan perkara-perkara asas terpaksa dihadapi sehingga menghalang mereka daripada berjaya seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.Ini adalah realiti kesukaran hidup para petani kita yang sepatutnya tidak lagi dialami pada abad ke-21 ini."
Saya yakin dan percaya Dato Noh Omar akan menjadi kekuatan kepada petani petani bagi meneruskan industri yang kritikal ini.Warga petani mempunyai tugas yang amat berat dalam menyediakan bekalan makanan kepada penduduk malaysia dan dunia .Dengan sokongan kerajaan dan komitmen semua pihak ianya tidak mustahil boleh dijayakan.Kita hendak lihat petani di Malaysia ini setanding dengan petani di barat.Kalau di barat petani adalah golongan yang amat disegani ,kaya raya,mempunyai ribuan hektar ladang,banglo tersergam di tengah ladang dan pengurusan ladang yang sistemetik,makenisasi yang canggih sehingga membaja pun mengunakan kapalterbang.Petani di negara kita ini haruslah mempunyai pemikiran yang global dan tidak terkongkong.Mentaliti subsidi haruslah dikawal,sikap menunggu bantuan sampai baru nak bergerak adalah antara punca kegagalan industri ini.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai keluarga yang amat besar ,berkemungkinan besar juga ada diantaranya yang kurang praktikal atau pun tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.Kalau kita lihat dan teliti susun atur jabatannya amat cantik sekali akan tetapi jika dilihat kepada pelaksanaanya mungkin tidak secantik gambarnya.Harapan kami warga petani kepada yang berbahagi Dato amat tinggi sekali,segala program yang akan dirancang dan dilaksanakan haruslah menepati keperluan kami dan bukannya syok sendiri.Impaknya haruslah terus kepada petani,pembuat dasar haruslah turun kepada petani melihat sendiri permasaalahan sebenar.Dasar mestilah diolah diladang,bendang,kebun,kilang dan laut bukan di bilik sejuk.Ribuan terimakasih atas pemberian insentif pengeluaran hasil oleh Kementerian kerana ianya benar benar membantu petani.Petani yang mengeluarkan hasil yang tinggi akan mendapat insentif yang banyak dan ini membantu meningkatkan produktiviti kami.Peluang ini haruslah direbut segera lebih lebih lagi kaum bumiputra. Kalau dilihat kepada bayaran yang di buat setiap bulan kita masih ketinggalan jika dibanding dengan petani kaum lain.Kerajaan telah menyediakan segala kemudahan terpulanglah kepada kita untuk menentukanya samaada mahu lena terus atau berjuang meningkatkan taraf hidup kita.Nasib kita tak kan berubah jika kita sendiri yang tidak mahu berubah.BERANI BERUBAH......Wassalam.
Friday, May 8, 2009
Tuesday, March 3, 2009
Sing Raja. Pemuda Sojar.
Saya hampir 10 kali melihat video Sing Raja di kepung oleh Pemuda Sojar. Apa yang jelas kedengaran dua perkataan PU_ _ MAK dan SIAL. Apakah wajar untuk mengunakan perkatan sebegini rupa walaupun perkataan yang Sing Raja ungkapkan di Parlimen tempoh hari harus di balas . Kalau jawapannya ya, maka Pemuda Sojar = Sing Raja.
Saya amat kagum dengan semangat Pemuda Sojar ini tetapi kecewa dengan cara penyelesaian yang dibuat seperti sekelompok budak sekolah sedang membuli mangsanya dan memaksa membuat sesuatu. Dalam keadaan parti kita yang semakin longlai ini janganlah menambahkan lagi kemeluatan rakyat kepada kita. Jangan biarkan imosi menguasai kita, amarah yang meluap luap akan memberi kemenangan pada musuh kita. Apa yang seharusnya kita lakukan adalah berfikir dan mengatur strategi bagaimana untuk kita memenangi peperangan yang akan datang.
Jika kita melayan provokasi sing ini kita akan tewas, Yakinlah Parti kita ini masih releven dan ada harapan cuma pendekatan dan sesetengah pemimpin harus diganti.
Cadangan saya kepada pemuda yang gagah dan pekasa masuk askar jadi sorja, itu adalah tempat yang sesuai. Kepada pemuda yang mempunyai ilmu, pemikiran yang matang, tindakan berhemah dan selesa mata rakyat melihatnya , jadilah pemimpin yang ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Rosmerah : Teringat kata bekas MP Rembau: "Walaupun dalam perut kita ada rimau,tapi keluarkanlah kucing"
Saya amat kagum dengan semangat Pemuda Sojar ini tetapi kecewa dengan cara penyelesaian yang dibuat seperti sekelompok budak sekolah sedang membuli mangsanya dan memaksa membuat sesuatu. Dalam keadaan parti kita yang semakin longlai ini janganlah menambahkan lagi kemeluatan rakyat kepada kita. Jangan biarkan imosi menguasai kita, amarah yang meluap luap akan memberi kemenangan pada musuh kita. Apa yang seharusnya kita lakukan adalah berfikir dan mengatur strategi bagaimana untuk kita memenangi peperangan yang akan datang.
Jika kita melayan provokasi sing ini kita akan tewas, Yakinlah Parti kita ini masih releven dan ada harapan cuma pendekatan dan sesetengah pemimpin harus diganti.
Cadangan saya kepada pemuda yang gagah dan pekasa masuk askar jadi sorja, itu adalah tempat yang sesuai. Kepada pemuda yang mempunyai ilmu, pemikiran yang matang, tindakan berhemah dan selesa mata rakyat melihatnya , jadilah pemimpin yang ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Rosmerah : Teringat kata bekas MP Rembau: "Walaupun dalam perut kita ada rimau,tapi keluarkanlah kucing"
Friday, February 6, 2009
UNTUNG ORANG PERAK
Krisis di Perak bakal memberikan keuntungan yang besar untuk rakyat . Perak dah ada MB 2 orang kan untung. Kalau BN memerintah pasti banyak projek akan dicurahkan kesana nak ambik hati orang Perak . Kalau pakatan memerintah pasti dapat cuti bersalin lebih untunglah ibu ibu.
Katak katak pasti lah untung yop...
Kalau pilihanraya semula untunglah jentera umno dapat duduk hotel 5 star macam diKT dulu.
Untung pengundi luar dapat balik kampung Free..... Inilah dinamakan demokrasi boleh jadi untung boleh jadi rugi. Raja juga yang makan hati.
Katak katak pasti lah untung yop...
Kalau pilihanraya semula untunglah jentera umno dapat duduk hotel 5 star macam diKT dulu.
Untung pengundi luar dapat balik kampung Free..... Inilah dinamakan demokrasi boleh jadi untung boleh jadi rugi. Raja juga yang makan hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)

